Haaa sedar tak sedar dah 8 hari kita puasa kan...mungkin ada di kalangan anda tertanya-tanya nak masak ape ye untuk juadah berbuka..juadah yang lain dari yang lain...di sini kami sediakan resepi untuk memasak burger sayur bersama keju...nyum3 ^-^
Bahan-bahan:
53.2 g kacang kuda
600 g air (A)
500 g air (B)
15 g kacang dhal (basuh di bawah air paip yang mengalir)
300 g air (C)
200 g air (D)
30 g cendawan
25 g lobak merah (potong kasar)
22.4 g lada benggala merah (buang biji)
17g tomato (potong wedges)
20g bayam hijau (tanpa batang)
20g bayam hijau (tanpa batang)
36g bawang merah (hiris nipis) (slice thinly)
8g bawang putih (hiris nipis)
60ml minyak (A)
40g oats yang dihancurkan (Quaker oats) (A) blended
18g biji bunga matahari
10g oats yand dihancurkan menggunakan mesin proses makanan sampai halus (B)
50ml minyak (B)
Garam, serbuk lada putih dan gula untuk perasa
Bahan-bahan yang lain:
4 nos roti burger
6g mentega
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
4 keping salad
4 sudu mayonnaise
2 keping keju cheddar di hiris
Cara-cara
- kisar cendawan, lobak merah, lada benggala merah, tomato dan bahan yang ditumis (bayam hijau, bawang merah dan bawang putih) sehingga medium kasar. kemudian ketepikan.
- selepas itu, campurkan kacang kuda dan kacang dhal yang telah dikisar kasar bersama-sama dengan bahan yang telah dikisar pada step 1 dan diikuti dengan oats (A) yang dihancurkan dan biji bunga matahari. teruskan menggaul dan letakkan sedikit garam, serbuk lada putih dan sedikit gula untuk rasa. rehatkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- apabila doh telah sejuk, tekan dan bulatkan doh dengan menggunakan tapak tangan dan nipiskan doh yg bulat itu kepada 3/4 cm tebal.
- pindahkan doh itu ke oats (B) dan ratakan oat ke sekitar doh itu.
- panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.
- setelah siap menggoreng, sapukan mentega pada roti dan masak sedikit sehingga agak kuning keemasan.
- susun burger patty yang telah kita goreng tadi di antara roti burger dan taburkan cheddar cheese diatasnya. masukkan ke dalam preheat oven pada suhu 180 degree celsius. keluarkan burger dari oven setelah keju mula cair.
- susun tomato dan salad mengikut citarasa. letakkan sedikit mayonis berserta sos di atas burger. kemudian siap.
haa ni laa burger yang dh siap tu..:)
Selamat mencuba...resepi lain dari yang lain di bulan ramadhan ini...
p/s: jangan lupa rendam kacang kuda dengan air (A) dan kemudian reneh sampai lembut dengan air (B)...rendam kacang dhal dengan air (C) selama 24 jam dan rebus dalam air (D) hingga lembut. kedua-dua kacang ini kemudian dikisar. dan juga jangan lupa tumis bayam bersama bawang merah dan putih. kemudian ikut step seperti yang di tunjuk di atas.
0 comments:
Post a Comment