Tuesday, July 10, 2012

MANIS KISMIS manis khasiat

Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan. Ia bukan sahaja dimakan tetapi juga banyak digunakan dalam berbagai-bagai tradisi dan budaya. Buah kismis amat manis disebabkan oleh kepekatan gula yang terdapat di dalamnya. Bila disimpan terlalu lama, gula yang terdapat di dalamnya akan membentuk Kristal.



Sebanyak 60 peratus berat kismis terdiri daripada gula, sebahagiannya fruktosa dan sebahagian yang lain terdiri daripada glukos. Kismis mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan buah prun dan apricot. Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan.



Antara khasiat di dalam kismis:
- Melindungi hati
- Memperbaiki perjalanan darah (termasuk keadaan seperti varicose vein, bengkak, lebam dan pandangan kabur)
-Melancarkan pembuangan air besar
-Memperbaiki tona dan kekenyalan kulit
-Melawan bacteria mulut yang boleh menyebabkan sakit gigi

Selain itu, kismis juga mampu membantu menurunkan kadar radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh sehingga menjadikan tubuh kembali segar walaupun setelah berolahraga. Menurut kajian oleh American College of Nutrition yang meneliti lapan atlet triathlon yang bertanding dalam dua minggu berasingan. Mereka diberi makan kismis untuk satu minggu pertandingan dan minggu seterusnya tidak diberikan kismis. Hasilnya, kismis didapati secara signifikan mengurangi jumlah kerosakan sel pada tubuh athlet akibat radikal bebas dan Gene Spiller selaku ketua kajian ini meyarankan agar anda turut mengambil segenggam kismis sebelum melakukan olahraga berat.



0 comments:

Post a Comment