1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang dan seterusnya dapat mengurangkan pengambilan makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ini dapat membantu menstabilkan kadar metabolisme tubuh.
4. Jangan makan lewat malam. Jika terlalu lapar, makan sekurang- kurangnya 1 jam sebelum masuk tidur.
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan.
7. Seimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal. Lebih banyak aktiviti yang anda lakukan, lebih banyak kuantiti makanan yang anda boleh ambil.
8. Penting untuk diingatkan bahawa kadar penurunan berat badan yang sihat adalah 0.5- 1kg seminggu. Penurunan berat badan yang drastik dalam tempoh yang singkat boleh memberikan kesan sampingan kepada kesihatan.
0 comments:
Post a Comment