This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, March 26, 2015

Program "National Allied Health Sciences Students Sports Event (NAHSSE) 2015"

Salam sejahtera semua.

Dari 27 Februari 2015 hingga 1 March 2015, Program "National Allied Health Sciences Students Sports Event (NAHSSE) 2015" telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, kampus Bangi, Selangor. UniSZA telah menghantar lebih kurang 40 orang peserta daripada fakulti sains kesihatan ke program tersebut.


Seramai 5 universiti dijemput untuk menyertai NAHSSE, antaranya seperti UniSZA, UKM, USM, UIAM dan UiTM. Acara-acara yang ditandingkan ialah olahraga, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, badminton, ping pong dan futsal.

Bola Jaring

Olahraga

Bola Tampar (Perempuan)

Bola Tampar (Lelaki)

Ping Pong


Objektif NAHSSE adalah seperti berikut :-


1.Mengukuhkan persaudaraan dan meningkatkan persefahaman antara pelajar Sains Kesihatan Bersekutu dari universiti yang berbeza.


2.Bagi menggalakkan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar program Sains Kesihatan Bersekutu.

3.Untuk berkongsi pengalaman budaya yang berbeza di kalangan universiti yang berbeza. 

4.Untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam menganjurkan program kokurikulum dan membuka peluang untuk menimba pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam tugas yang berbeza.


Dari 5 buah universiti yang bertanding, UniSZA mendapat tempat keseluruhan ke-5 dengan memenangi 2 pingat emas dalam acara larian 4x100m (lelaki) dan larian 200m (lelaki), 1 pingat perak dalam acara 100m (lelaki) dan 1 pingat gangsa dalam acara bola tampar (lelaki). Selain itu, UniSZA juga dianugerah sebagai "Universiti Paling Aktif".






Wednesday, March 25, 2015

Program “Hari Intervarsiti Program Sains Pemakanan Dan Dietetik Sesi 2014/2015”

Salam sejahtera semua.

Pada 7 Mac 2015, seramai 40 orang mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Dietetik UniSZA telah mengunjungi ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Kuala Lumpur untuk menyertai Program “Hari Intervarsiti Program Sains Pemakanan Dan Dietetik Sesi 2014/2015”.


Program ini merupakan satu program interaksi antara pelajar sains pemakanan dan dietetik. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik UniSZA dijemput untuk mengikuti dan menjayakan lagi program ini. 

Program ini diadakan selama satu hari di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Kuala Lumpur. Pengisian program ini memfokuskan perkongsian pengalaman, aktiviti dan budaya yang berbeza-beza antara pelajar program sains pemakanan dan dietetik. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prospek dan peluang kerjaya terutama dalam bidang pemakanan dan dietetik sebagai persiapan mengahadapi alam pekerjaan. 

Selain itu, kemahiran insaniah yang cuba diterapkan dalam diri dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin demi memantapkan nama UniSZA di seluruh Malaysia.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti :-
Ø  Sesi ceramah
Ø  Ucapan daripada pengarah program

Ø  Forum bersama wakil MDA dan NSM, tajuk: Prospek Dan Peluang Kerjaya Dalam Bidang
Pemakanan Dan Dietetik


Ø  Slot Universiti (pertandingan video antara universiti), tajuk: Aktiviti Pelajar Dietetik dan Pemakanan di Setiap Universiti
Ø  Explorace

Ø  Perasmian Penutupan
Ø  Upacara penyampaian cenderahati

Program Jejak Nutrisi Sihat (JeNS)

Salam sejahtera semua.

Pada 7 Februari 2015, Program Jejak Nutrisi Sihat (JeNS) telah diadakan di Dewan Auditorium, Blok Akademik, Unisza Kampus Gong Badak. Program ini melibatkan 106 orang penghuni anak yatim / fakir miskin dan dikelolakan oleh 8 orang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA. 

Program Jejak Nutrisi Sihat (JeNS) ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai gaya hidup sihat kepada penghuni Asrama Anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar dan juga penjaga asrama sambil mewujudkan interaksi antara mahasiswa/i tahun tiga Ijazah Sarjana muda Dietetik (Kepujian) dan komuniti setempat. 

Program ini merangkumi pelbagai aspek yang memberi fokus untuk membangunkan modal insan kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan positif setanding dengan mahasiswa/i IPT lain. Antara aspek yang dititikberatkan termasuklah keterampilan, kepimpinan, kemapanan sahsiah diri, kemahiran insaniah dan pembentukan identiti mahasiswa/i yang proaktif. 

Selain itu, program ini juga dapat menjalin kerjasama antara mahasiswa/i UniSZA dengan pihak-pihak yang terlibat seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan pihak pengurusan Asrama Anak Yatim / Fakir Miskin Darul Akhyar. Ini sekali gus dapat mewujudkan jaringan perhubungan yang lebih luas dan membuka peluang untuk mengadakan program seumpama ini pada masa akan datang. 

Program Jejak Nutrisi Sihat (JeNS) ini bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek Penempatan Pemakanan dan Komuniti bagi pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) yang akan mengikuti latihan komuniti selama 4 minggu sebelum penilaian akhir dibuat.

Program ini juga bertujuan memberi pendedahan dalam aspek pemakanan secara sihat serta penglibatan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian demi mencapai sasaran gaya hidup yang proaktif. Objektif ini akan dicapai melalui beberapa pengisian yang bertemakan kesihatan seperti ceramah pemakanan sihat dan kepentingan imej tubuh badan, demo masakan, ‘Fun & Healthy Explorace’ dan senaman aerobik. 

Pelaksanaan program seumpama ini mampu memberi impak kepada keseluruhan  penghuni anak yatim / fakir miskin khususnya dan komuniti setempat amnya.

Program Jom Hidup Sihat : “Sayangi Buah Pinggang Anda”

Salam sejahtera semua.

Pada 7 Februari 2015, Program Jom Hidup Sihat : “Sayangi Buah Pinggang Anda” telah diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, SMKA Sheikh Abdul Malek. Program ini disertai oleh 150 orang pelajar dan 50 orang pesakit serta ahli keluarga.

Program Jom Hidup Sihat : “Sayangi Buah Pinggang Anda” ini merupakan satu program yang berunsurkan kemasyarakatan dan akan dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga dan mengawal kesihatan buah pinggang serta menjalani gaya hidup sihat. Di samping itu, program ini dijangka dapat mewujudkan interaksi antara mahasiswa/i Ijazah Sarjana muda Dietetik (Kepujian) dengan masyarakat setempat.

Program ini dirangka untuk menjadi salah satu daripada langkah-langkah pencegahan peningkatan jumlah pesakit yang menghidapi masalah penyakit buah pinggang di Malaysia terutamanya di Terengganu. Peningkatan jumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis di Terengganu semakin meningkat dan ada di antara mereka tidak mampu untuk menanggung kos rawatan hemodialisis tersebut. Melalui program ini, satu tabung sumbangan akan dibuka dan hasil kutipan derma tersebut akan di salurkan kepada Persatuan Pusat Hemodialisis Prihatin Tengku Besar Terengganu.

Selain itu, program ini merangkumi pelbagai aspek yang memfokuskan pembangunan modal insan cemerlang kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif setanding dengan mahasiswa/i IPT lain. Antara aspek-aspek yang dititikberatkan termasuklah keterampilan, kepimpinan, sahsaiah diri, kemahiran insaniah dan pembentukan identiti mahasiswa/i yang positif.

Program Jom Hidup Sihat : “Sayangi Buah Pinggang Anda” ini juga merupakan program yang dijalankan bagi memenuhi keperluan subjek Latihan Komuniti pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), di mana program ini bakal dijadikan sebagai kayu pengukur dan termasuk dalam sebahagian penilaian akhir kepada subjek Latihan Komuniti yang telah dilalui selama sebulan. Antara pengisian program ini adalah ceramah kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang, demontrasi masakan, kuiz dan pameran kesihatan pemakanan.

Program Pemakanan Sihat: “Buah Pinggang Gembira” bersama komuniti Pusat Dialisis Nuraeen, Kuala Terengganu

Salam sejahtera semua.

Pada 5 Februari 2015, Program Pemakanan Sihat: “Buah Pinggang Gembira” bersama komuniti telah diadakan di Pusat Dialisis Nuraeen, Kuala Terengganu. Program ini melibatkan 5 orang pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian yang menjalankan latihan komuniti di Pusat Dialisis Nuraeen, Kuala Terengganu bersama 3 orang penyelia.

Program Pemakanan Sihat: “Buah Pinggang Gembira” bersama komuniti Pusat Dialisis Nuraeen, Kuala Terengganu merupakan program pertama kali diadakan oleh pelajar-pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjalankan latihan komuniti di Pusat Dialisis Nuraeen. Idea untuk mengadakan program ini adalah untuk memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pemakanan Komuniti dan Latihan (HFS4404) dan termasuk dalam sebahagian penilaian akhir kepada subjek tersebut. 

Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan berkongsi pengetahuan mengenai pemakanan sihat dan kepentingannya kepada warga Pusat Dialisis Nuraeen, Kuala Terengganu. Kami hanya melibatkan 36 orang pesakit daripada jumlah keseluruhan 68 orang pesakit di Pusat Dialisis Nuraeen.

Perjalanan program bermula dengan kehadiran warga dan penjaga Pusat Dialisis Nuraeen, Kuala Terengganu seterusnya dimulakan dengan demo masakan dan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada pertukaran shif kedua. Aktiviti diteruskan dengan sesi ceramah mengenai pemakanan sihat diselangi dengan senaman ringan dan juga kuiz. Akhir sekali, program ditamatkan dengan perasmian penutup oleh salah seorang penyelia.

Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat”

Salam sejahtera semua.

Pada 5 Februari 2015, satu Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat” telah diadakan di Taska Permata Keluarga UniSZA, Kuala Terengganu. Program ini melibatkan 5 orang mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Dietetik tahun 3, 12 orang sukeralawan (mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik tahun 1 dan tahun 3) dan anggaran 95 orang peserta (ibubapa,kanak-kanak dan guru Taska).

Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai gaya hidup sihat kepada kanak-kanak, ibu bapa dan juga pendidik Taska Permata sambil mewujudkan interaksi antara mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) dan komuniti setempat. 

Program ini merangkumi pelbagai aspek yang difokuskan untuk membangun modal insan cemerlang dalam kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif setanding mahasiswa/i IPT lain. Antara aspek yang dititikberatkan termasuklah keterampilan, kepimpinan, sahsiah diri, kemahiran ‘soft skills’ dan pembentukan identiti mahasiswa/i yang positif. 

Selain daripada itu, program ini juga dapat menjalin kerjasama antara pihak universiti, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Taska Permata Keluarga UniSZA. Ini sekaligus dapat mewujudkan jaringan perhubungan yang lebih luas dan membuka peluang kepada program seumpamanya pada masa akan datang. 

Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat” ini juga untuk memenuhi keperluan subjek Penempatan Pemakanan dan Komuniti bagi pelajar Tahun Tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), di mana program ini bakal dijadikan sebagai kayu pengukur dan termasuk dalam sebahagian penilaian akhir kepada subjek Latihan Komuniti yang telah dilalui selama 4 minggu.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :-
Ø  Aktiviti permata family tree



Ø  Aktiviti fruit crown origamy



Ø  Aktiviti pyramid sticker


Ø  Sesi ceramah



Ø  Slot Demo Masakan



Ø  Cabutan Bertuah
Ø  Ucapan daripada pengarah program
Ø  Perasmian Penutupan daripada pengurus taska, Cik Nurul Izzahanizza Binti Mohd Zaki.
Ø  Upacara penyampaian cenderahati kepada Taska Permata Keluarga UniSZA

Carta Organisasi AJK DECSA 2014/2015

Senarai jawatankuasa kepimpinan baru bagi persatuan DECSA adalah seperti berikut :-

PengerusiNoor Atirah Binti Yahya
Naib Pengerusi : Muhd Fuad Bin Radzuan
Setiausaha : Amanina Binti Ahmad Subri
Naib Setiausaha : Zulaika Binti Mohd Zailani
Bendahari : Nurul Atikah Binti Mhd Deris
Exco Komunikasi, Penerangan & Hubungan Luar : Nor Shahidah Binti Herman, Lim Min
Exco Akademik & Pembangunan Pelajar : Ummu Al Ainaa Binti Mattilih, Miow Yee Xuen, Koh Shun Wen
Exco Sukan & Rekreasi : Wan Muhamad Hakimi Bin Wan Yusuf, Zuraidah Binti Mohd Ghazali
Exco Publisiti & Multimedia : Teo Pei Wen, Adeline Wong Kai Chii
Exco Logistik & Teknikal : Vivian Ng Jian Wen, Norasyrah Binti Mohd Nazri
Exco Kerohanian & Kebajikan : Nur Atiqah Binti Rudy, Wong Mei Han






Thursday, February 12, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan DECSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pada 18 Disamber  2014 yang lalu, setelah sesi pembuangan undi dilakukan, persatuan kami telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali kedua bagi melantik jawatankuasa kepimpinan baru bagi persatuan DECSA dan secara tidak langsung membubarkan ahli jawatankuasa yang lama.

Seramai 18 orang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa baru. Pemilihan dibuat dengan mengadakan proses pengundian untuk setiap calon yang telah bertanding. Bagi calon yang meraih undian tertinggi akan terpilih sebagai ahli jawatankuasa tersebut.

Pada malam itu, penasihat persatuan iaitu selaku pensyarah kami, Encik Saifullah Osman telah berucap. Kemudian diikuti dengan ucapan presiden DECSA sesi 2013/2014, Muhammad Hazim Azenan. Selain itu, setiuasaha Agung DECSA juga telah berucap bagi membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang kepimpinan ahlijawatankuasa yang lama. Bendahari kehormat persatuan bagi ses 2013/2014 juga telah membentangkan hal ehwal kewangan persatuan.

Ucapan penasihat DECSA

Ucapan Presiden DECSA sesi 2013/2014

Pembentangan program DECSA oleh Setiusaha Agung DECSA sesi 2013/2014

Pembentangan kewangan DECSA oleh Bendahari Kehormat sesi 2013/2014


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli jawatankuasa DECSA yang lama.












Kemudian, majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan pilihanraya sesi 2014 diikuti dengan ucapan presiden DECSA yang baru, Noor Atirah Yahya berserta penyerahan dokumen daripada jawatankuasa yang lama kepada ahli jawatankuasa yang baru. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ahli jawatankuasa DECSA yang baru bersama ahli jawatankuasa DECSA yang lama.






Ahli jawatankuasa DECSA yang baru dan lama 

Ahli jawatankuasa DECSA sesi 2013/2014



Kesimpulannya, majlis Mesyuarat Agung Tahunan DECSA ini berjalan dengan lancarnya. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada mantan ahlijawatankuasa DECSA yang telah berkhidmat sepanjang sesi 2013/2014. Tahniah dan selamat berkhidmat diucapkan kepada barisan kepimpinan DECSA yang baru. Diharapkan semoga barisan ahli jawatankuasa DECSA yang baru ini dapat membawa lebih banyak kejayaan kepada Dietetik UniSZA. 

Pilihanraya DECSA sesi 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, baru-baru ini persatuan DECSA telah mengadakan pilihanraya sesi 2014. Pilihanraya ini bertujuan untuk memilihan barisan kepimpinan DECSA yang baru bagi menerajui persatuan untuk sesi yang baru.

Sebanyak enam kerusi Umum dan 12 kerusi Exco telah dipertandingkan.  Selain itu, tiga orang calon tahun 3 telah bertanding bagi merebut kerusi Yang Di Pertua, Setiusaha Agung dan Bendahari Kehormat DECSA. Di samping itu, kebanyakan calon yang bertanding adalah terdiri daripada pelajar tahun 2 dan tahun 1.

Sebelum proses pembuangan undi dilakukan, para calon dikehendaki untuk membantangkan manifesto masing-masing. Pelbagai cara telah dilakukan oleh calon-calon bagi meraih undian penonton. Antaranya termasuklah berpantun dan  bercerita. Berikut beberapa gambar sepanjang pilihanraya berlangsung.
















Proses mengundi

Mantan Timbalan Presiden DECSA

Antara ahli jawatankuasa DECSA yang lama

Para pelajar yang hadir

Antara calon-calon Tahun 2

Antara super senior yang hadir menjalankan tanggungjawab. :)


Para pelajar yang hadir

Para pelajar yang hadir

Para pelajar yang hadir

Para penyokong

Para pelajar yang hadir

Proses membuang undi

Mantan Exco Hubungan Luar membuang undi

Proses menanda kertas undi

Mantan Presiden DECSA membuang undi

Mantan Timbalan Presiden DECSA membuang undi 

Mantan Bendahari Kehormat sedang menanda kertas undi


Selepas proses mengundi dijalankan, ahli jawatankuasa SPR telah melakukan kiraan undi manakala para pelajar lain perlu menghadiri  Mesyuarat Agung Tahunan DECSA.

Pilihanraya berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah dan berakhir lebih kurang 11.00 malam.