Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, baru-baru ini persatuan DECSA
telah mengadakan pilihanraya sesi 2014. Pilihanraya ini bertujuan untuk
memilihan barisan kepimpinan DECSA yang baru bagi menerajui persatuan untuk
sesi yang baru.
Sebanyak enam kerusi Umum dan 12 kerusi Exco telah
dipertandingkan. Selain itu, tiga orang
calon tahun 3 telah bertanding bagi merebut kerusi Yang Di Pertua, Setiusaha Agung dan Bendahari Kehormat DECSA. Di samping itu, kebanyakan calon yang bertanding adalah
terdiri daripada pelajar tahun 2 dan tahun 1.
Sebelum proses pembuangan undi dilakukan, para calon dikehendaki
untuk membantangkan manifesto
masing-masing. Pelbagai cara telah dilakukan oleh calon-calon bagi meraih undian penonton. Antaranya termasuklah berpantun dan bercerita. Berikut beberapa gambar sepanjang
pilihanraya berlangsung.
Selepas proses mengundi dijalankan, ahli jawatankuasa SPR telah
melakukan kiraan undi manakala para pelajar lain perlu menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan DECSA.
Pilihanraya berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang
masalah dan berakhir lebih kurang 11.00 malam.
0 comments:
Post a Comment