Wednesday, March 25, 2015

Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat”

Salam sejahtera semua.

Pada 5 Februari 2015, satu Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat” telah diadakan di Taska Permata Keluarga UniSZA, Kuala Terengganu. Program ini melibatkan 5 orang mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Dietetik tahun 3, 12 orang sukeralawan (mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik tahun 1 dan tahun 3) dan anggaran 95 orang peserta (ibubapa,kanak-kanak dan guru Taska).


Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat” ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai gaya hidup sihat kepada kanak-kanak, ibu bapa dan juga pendidik Taska Permata sambil mewujudkan interaksi antara mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) dan komuniti setempat. 

Program ini merangkumi pelbagai aspek yang difokuskan untuk membangun modal insan cemerlang dalam kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif setanding mahasiswa/i IPT lain. Antara aspek yang dititikberatkan termasuklah keterampilan, kepimpinan, sahsiah diri, kemahiran ‘soft skills’ dan pembentukan identiti mahasiswa/i yang positif. 

Selain daripada itu, program ini juga dapat menjalin kerjasama antara pihak universiti, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Taska Permata Keluarga UniSZA. Ini sekaligus dapat mewujudkan jaringan perhubungan yang lebih luas dan membuka peluang kepada program seumpamanya pada masa akan datang. 

Program Komuniti Bersama Pelajar Taska: “Permataku Sihat” ini juga untuk memenuhi keperluan subjek Penempatan Pemakanan dan Komuniti bagi pelajar Tahun Tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), di mana program ini bakal dijadikan sebagai kayu pengukur dan termasuk dalam sebahagian penilaian akhir kepada subjek Latihan Komuniti yang telah dilalui selama 4 minggu.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :-
Ø  Aktiviti permata family tree



Ø  Aktiviti fruit crown origamy



Ø  Aktiviti pyramid sticker


Ø  Sesi ceramah



Ø  Slot Demo Masakan



Ø  Cabutan Bertuah
Ø  Ucapan daripada pengarah program
Ø  Perasmian Penutupan daripada pengurus taska, Cik Nurul Izzahanizza Binti Mohd Zaki.
Ø  Upacara penyampaian cenderahati kepada Taska Permata Keluarga UniSZA

0 comments:

Post a Comment