This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, April 24, 2014

TEGANUKITA - "YPKT-UniSZA pupuk gaya hidup sihat"

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera~


Berkenaan praktikal komuniti pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA, teganukita.blogspot.com telah mengeluarkan satu artikel berkenaan salah satu program yg dijalankan ketika sesi praktikal komuniti yang berlangsung di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Taska Permata pada 8 Februari 2014 (Sabtu). Program yang diberi nama "Nutrisi Permata Hatiku (NUTRI P)" itu dijayakan oleh 5 pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA dengan kerjasama YPKT beserta 21 orang sukarelawan daripada pelajar tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) dan 4 orang daripada pelajar Diploma Fosioterapi UniSZA.

Artikel penuh di:

Tuesday, April 22, 2014

PROGRAM "NATIONAL ALLIED HEALTH SCIENCES STUDENTS SPORT EVENT (NAHSSSE) 2014"

PROGRAM "NATIONAL ALLIED HEALTH SCIENCES STUDENTS SPORT EVENT (NAHSSSE) 2014"

Tarikh / Hari :
28th FEBRUARI -2nd MAC 2014 / JUMAAT – AHAD

Tempat:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kampus Kuantan.

Masa :
3 HARI 2 MALAM

Tema :
Sports Strengthen the Ummah

Dengan Kerjasama:
 Dietetic Students Association (DECSA)
Unisza Physiotherapy Club (UPC)
Nursing Science Club (NSC)
Pelajar Diploma Makmal Teknologi Perubatan
Pelajar Diploma Radioterapi

Anjuran:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kampus Kuantan

Bilangan Peserta:
Lelaki 10 & Wanita 22

Program “National Allied Health Sciences Students Sport Event (NAHSSSE) 2014” ini merupakan satu program sukan yang julung kali dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan. Pelajar Sains Kesihatan UniSZA dijemput untuk mengikuti dan menjayakan lagi program ini. Program ini akan diadakan selama tiga hari di sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan. Seramai 32 orang peserta yang akan terlibat dari UniSZA dan 2 orang pegawai pengiring. Pengisian program ini memfokuskan aktiviti- aktiviti fizikal atau sukan yang terdiri daripada badminton (lelaki dan perempuan), futsal (lelaki), bola jaring(perempuan), bola tampar(lelaki dan perempuan) dan bola keranjang(lelaki dan perempuan).

PENUTUP
Program “National Allied Health Sciences Students Sport Event (NAHSSSE) 2014” ini merupakan perlawanan sukan di antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini begitu penting bagi menggalakkan semua pelajar bersukan di samping pencapaian akademik yang mantap. Di samping itu, UniSZA juga dapat memperluas jaringan perhubungan dan kerjasama antara universiti lain khususnya dari Fakulti Sains Kesihatan. Secara keseluruhan, UniSZA telah memenangi dua pingat perak dan dua pingat gangsa. Ini adalah satu kebanggaan kerana UniSZA dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti terkemuka lain.
Ucapan penghargaan kepada pihak HEPA kerana meluluskan perbelanjaan untuk mengikuti program ini. Ucapan penghargaan juga untuk para penasihat dan jawatankuasa DECSA dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik, Diploma Radiografi, Diploma Makmal Perubatan dan Diploma Kejururawatan yang sukarela menyertai program jemputan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) ini.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM





PRAKTIKAL KOMUNITI PELAJAR TAHUN 3 IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN), UniSZA.

PRAKTIKAL KOMUNITI PELAJAR TAHUN 3 IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN), UniSZA.

Tarikh / Hari: 7-11 Februari 2014 (Jumaat - Selasa)

Tempat: 
  1.  TASKA PERMATA KELUARGA, KUALA TERENGGANU
  2. KAMPUNG PANTAI BATU BUROK, KUALA TERENGGANU
  3.  NATIONAL KIDNEY FOUNDATION (NKF), KUALA TERENGGANU
  4. MADRASAD-AL-IRSYAD AL-ASHRAF AL-WATANIAH (M.I.A.W), PULAU PINANG
  5. PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK SPASTIK, PANGKALAN CHEPA, KELANTAN
  Program Pemakanan Komuniti dan Latihan (HFS 4404)PP Dietetik, FPSK, UniSZA merangkumi 5 (LIMA) program yang dikendalikan oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik Dengan Kepujian Semester 6 (ENAM) sesi 2013/2014 yang merupakan prasyarat bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), Jabatan Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin. Kelima-lima program tersebut diadakan di lima buah lokasi latihan industri yang berbeza dan meliputi kawasan Pulau Pinang, Kelantan dan Kuala Terengganu. Program Komuniti Bersama Pelajar Taska:”Nutrisi Si Permata  Hati”  yang diadakan di Kuala Terengganu adalah berpusatkan pendedahan gaya hidup sihat kanan-kanak, program seterusnya iaitu Kidney NutriAct adalah berfokus terhadap pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam kalangan pesakit buah pinggang tahap akhir, bertempat di pusat Dialisis Kuala Terengganu. Program yang ketiga ialah Program Kesejahteraan Warga Emas yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, YPKT (Bahagaian Pembangunan Komuniti) yang menekankan peningkatan kualiti gaya hidup komuniti warga emas khususnya di kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu. Dua buah program yang dijalankan luar daripada negeri Terengganu ialah Program “Anta Ma Ta’kuluhu yang dijalankan di Madrasah al-Irsyad Al-Ashraf Al-Wataniah, Pulau Pinang dengan memfokuskan komuniti warga tua dan Program “Kami Cakna, We Care” yang diadakan di Kelantan dengan fokus komuniti kanak-kanak spastik.

LATAR BELAKANG PROGRAM
1) Program Bersama Kanak-Kanak Taska Permata; “Nutrisi Permata Hatiku”
2.1 Tarikh / Hari  : 8 Februari 2014/ Sabtu                               
2.2 Masa                : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
2.3 Tempat            : Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
2.4 Tema               : Nutrisi Permata Hatiku
            2.5 Bilangan Peserta: Anggaran 120 orang peserta (ibubapa, dan penjaga Taska)

2) Program Komuniti “Kesejahteraan Warga Emas”
2.1 Tarikh / Hari  :  8 Februrari 2014 / Sabtu    
2.2 Masa                : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
2.3 Tempat            : GIAT MARA Batu Buruk, Kuala Terengganu
2.4 Tema               : Kesejahteraan Warga Emas
2.5 Bilangan Peserta: Anggaran 53 orang peserta daripada penduduk Kampung Pantai Batu Buruk

3) Program Kidney Nutriact
2.1 Tarikh / Hari    : 11 Februari / Selasa
2.2 Masa                  : 8.30 pagi – 11.45 pagi
2.3 Tempat              : Pusat Dialisis NKF, Kuala Terengganu 
2.4 Tema                 : Aku dan Fosfat
2.5 Bilangan Peserta  : Anggaran 120 orang 

4) Program Anta Ma Ta’kuluhu (You’re What Tou Eat)
2.1 Tarikh/ Hari      : 8 Februari 2014 (Sabtu)                 
2.2 Masa                   : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
2.3 Tempat               : Madrasah Al-Irsyad Al-Asyraf Al-Wataniah, Pulau Pinang
            2.4 Tema                  : Anta Ma Ta’kuluhu (You’re What Tou Eat)
2.5 Bilangan Peserta   : Anggaran 130 orang peserta 

5) Program ‘Cakna Nutrisi Permata PUSAKAS’
2.1 Tarikh/ Hari      : 11 Februari 2014 Selasa
2.2 Masa                   : 8.00 pagi – 2.00 petang
2.3 Tempat               : Pusat Asuhan Kanak-kanak Spastik (PUSAKAS), Pengkalan Chepa, Kelantan.
2.4 Tema                  : Cakna Nutrisi Permata PUSAKAS
2.5 Bilangan Peserta   : Anggaran 70 orang murid-murid PUSAKAS.

Rumusan aktiviti.
  Program Latihan Praktikal Komuniti ini dilihat sebagai satu program wajib bagi pelajar-pelajar yang telah memasuki tahun 3 pengajian Ijazah Sarjana Muda Dietetik kerana pembelajaran di universiti kepada praktikal bersama masyarakat dapat dimplimentasikan dan seterusnya membentuk kemahiran ‘soft skills’ mahasiswa/i dietetik dan membentuk budaya kerja dan hubungan yang positif sesama komuniti setempat. Program ini memberi peluang kepada Univesiti Sultan Zainal Abidin dalam mempromosikan dan memperkenalkan nama universiti ini di negeri Pulau Pinang, Kelantan dan terutamanya Terengganu melalui jalinan kerjasama bersama Madrasah Irsyad Al-Asyraf Al-Wataniah, ADUN Sungai Bakap, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Taska Permata Keluarga, Pusat Asuhan Kanak-Kanak Spastik dan  pusat Dialisis Kuala Terengganu di mana jaringan perhubungan dan kerjasama antara universiti dan jabatan bukan kerajaan serta masyarakat dapat diperluaskan. Ucapan penghargaan untuk para pensyarah dan jawatankuasa DECSA serta pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “NUTRISI PERMATA HATIKU”

Gambar 1: Slot demo masakan sihat yang dijalankan.

Gambar 2: Penyampaian cenderahati oleh wakil UniSZA kepada wakil YPKT.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “KESEJAHTERAAN WARGA EMAS”

Gambar 3: Penduduk kampung membantu dalam slot “Ketuk-Ketuk Sihat”

Gambar 4: Bergambar beramai-ramai selepas program tamat

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “KIDNEY NUTRIACT”

Gambar 5: Senaman Intra-Dialtytic untuk pesakit

Gambar 6: Sesi kuiz yang dijalankan untuk pesakit

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM ANTA MA TA’KULUHU 
(YOU’RE WHAT YOU EAT)

Gambar 7: Senamrobik daripada wakil Klinik Kesihatan Bukit Panchor

Gambar 8: Penyampaian cenderahati kepada VIP

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “CAKNA NUTRISI PERMATA PUSAKAS”

Gambar 9: Pelajar-pelajar PUSAKAS sedang menyusun makanan mengikut aturan piramid makanan.

Gambar 10: Perbincangan bersama ibu bapa berkenaan pemakanan anak masing-masing.

Tuesday, April 1, 2014

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB DIETETIC STUDENTS ASSOCIATION (DECSA) SESI 2013/ 2014

Setelah pilihanraya kedua Persatuan DECSA untuk sesi 2013 diadakan pada 29 November 2013 yang lalu, seramai 18 orang daripada 28 orang calon telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Persatuan DECSA untuk sesi 2013/2014. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa baru yang melengkapkan organisasi Persatuan DECSA.

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB DIETETIC STUDENTS ASSOCIATION (DECSA) SESI 2013/ 2014

Ahli Jawatankuasa Tertinggi

YDP                                       : Muhammad Hazim bin Azenan
Timbalan YDP                      : Norhaslinda binti Ridzwan
Setiausaha                           : Syazwani binti Mansor
Timbalan Setiausaha          : Amanina binti Ahmad Subri
Bendahari                             : Mohamad Syazwan Sufi bin Ismail
Timbalan Bendahari               : Mimie Noratiqah binti Jumli 

Ahli Jawatankuasa Exco

Exco Akademik & Pembangunan Pelajar :
  • Noor Atirah Binti Yahya
  • Nurul Atikah Binti Mhd Deris
Exco Komunikasi, Penerangan & Hubungan Luar :
  • Siti Noramalina Binti Mokhadis
  • Nur Atiqah Binti Mohd Rudy
Exco Sukan & Rekreasi:
  • Farhanna Amira Binti Shamsudin 
  • Muhamad Nur Afifi Bin Zamri
Exco Publisiti & Multimedia:
  • Ku Nurul Hazirah Bt. Ku Mohamad Yussof
  • Tuan Nurul Nazihah Binti Tuan Azlan
Exco Logistik & Teknikal:
  • Muhammad Faiz Hanis Bin Che Razman 
  • Muhamad Fuad Bin Radzuan
Exco Kerohanian & Kebajikan:
  • Nur Hasnalina Binti Mohd Hasli
  • Wan Muhammad Hakimi Bin Wan Yusuf