Tuesday, April 22, 2014

PROGRAM "NATIONAL ALLIED HEALTH SCIENCES STUDENTS SPORT EVENT (NAHSSSE) 2014"

PROGRAM "NATIONAL ALLIED HEALTH SCIENCES STUDENTS SPORT EVENT (NAHSSSE) 2014"

Tarikh / Hari :
28th FEBRUARI -2nd MAC 2014 / JUMAAT – AHAD

Tempat:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kampus Kuantan.

Masa :
3 HARI 2 MALAM

Tema :
Sports Strengthen the Ummah

Dengan Kerjasama:
 Dietetic Students Association (DECSA)
Unisza Physiotherapy Club (UPC)
Nursing Science Club (NSC)
Pelajar Diploma Makmal Teknologi Perubatan
Pelajar Diploma Radioterapi

Anjuran:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kampus Kuantan

Bilangan Peserta:
Lelaki 10 & Wanita 22

Program “National Allied Health Sciences Students Sport Event (NAHSSSE) 2014” ini merupakan satu program sukan yang julung kali dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan. Pelajar Sains Kesihatan UniSZA dijemput untuk mengikuti dan menjayakan lagi program ini. Program ini akan diadakan selama tiga hari di sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan. Seramai 32 orang peserta yang akan terlibat dari UniSZA dan 2 orang pegawai pengiring. Pengisian program ini memfokuskan aktiviti- aktiviti fizikal atau sukan yang terdiri daripada badminton (lelaki dan perempuan), futsal (lelaki), bola jaring(perempuan), bola tampar(lelaki dan perempuan) dan bola keranjang(lelaki dan perempuan).

PENUTUP
Program “National Allied Health Sciences Students Sport Event (NAHSSSE) 2014” ini merupakan perlawanan sukan di antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini begitu penting bagi menggalakkan semua pelajar bersukan di samping pencapaian akademik yang mantap. Di samping itu, UniSZA juga dapat memperluas jaringan perhubungan dan kerjasama antara universiti lain khususnya dari Fakulti Sains Kesihatan. Secara keseluruhan, UniSZA telah memenangi dua pingat perak dan dua pingat gangsa. Ini adalah satu kebanggaan kerana UniSZA dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti terkemuka lain.
Ucapan penghargaan kepada pihak HEPA kerana meluluskan perbelanjaan untuk mengikuti program ini. Ucapan penghargaan juga untuk para penasihat dan jawatankuasa DECSA dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik, Diploma Radiografi, Diploma Makmal Perubatan dan Diploma Kejururawatan yang sukarela menyertai program jemputan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) ini.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM





0 comments:

Post a Comment