Thursday, June 7, 2012

PROGRAM BUMI HIJAU YANG DIJAYAKAN OLEH PELAJAR DIETETIK UniSZA

Pada 23 Mei 2012 (Rabu), sebilangan pelajar dietetik telah menjalankan satu program komuniti yang bertempat di PDK Batu Rakit. Para pelajar seramai lebih kurang 45 orang termasuk pensyarah telah terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Para pelajar telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk menyiapkan mural bagi menceriakan PDK Batu Rakit ini. Di samping itu, mereka juga telah menceriakan kawasan persekitaran PDK dengan menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah Roselle, cili, sawi, pokok bunga kertas dan sebagainya. 

Keratan akhbar tentang Program Bumi Hijau...

Para pelajar ketika bercucuk tanam ^.^

seorang pelajar yang sedang menyiapkan mural ^-^


 Mural yang telah dilukis oleh para pelajar ^_^

Program tamat lebih kurang pada pukul 1.00 tengahari. Semua penat tapi puas hati apabila telah melihat hasilnya, next time boleh buat lagi ^_^


0 comments:

Post a Comment