Friday, June 22, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN PENSYARAH KAMI

Pada 30 Mei 2012 (rabu), kami telah mengadakan satu majlis makan malam sempena pemergian pensyarah kami yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. majlis makan malam ini telah diadakan di sebuah restoran BB Seafood Garden yang terletak di Gong Badak, Terengganu. 


Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar Dietetik UniSZA, lebih kurang 81 orang pelajar telah melibatkan diri. Majlis dimulakan lebih kurang jam 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada malam itu ialah persembahan daripada setiap batch, ucapan pensyarah, ucapan wakil pelajar dan ucapan pengerusi DECSA sendiri. 

Antara menu-menu yang dihidangkan adalah seperti kailan ikan masin, tomyam campur, ayam masak merah, ikan 3 rasa dan telur dadar. Semua tetamu yang hadir berpuas hati dengan makanan yang telah disajikan. 

 pensyarah kami :)

pengerusi majlis yang sangat comel:)

 persembahan pembukaan daripada pelajar tahun 2...tarian lilin :)

bacaan doa

ucapan wakil pelajar dietetik

ucapan pensyarah (Encik Abbe yang sangat ceria)

ucapan pensyarah (Puan Yati yang sangat sporting)

pemain piano yang kecil molek :)

pemain piano daripada pelajar tahun 2 (maaf muka tak nampak)..hehe:)


Persembahan daripada pelajar tahun 3:)

sesi fotografi para pensyarah

persembahan penutup daripada pelajar tahun 1:)

 batch 1 (tahun 3)

batch 2 (tahun 2)

batch 3 (tahun 1)

menu yang disajikan..nyum3:)







kenangan ini tak mungkin akan kami lupakan dan ia akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kami semua. :)

0 comments:

Post a Comment