Pada 19 Mei 2012 (sabtu), satu program telah diadakan oleh para pelajar dietetik UniSZA. Program ini melibatkan pelajar tahun 1 dan tahun 2, di mana melibatkan lebih kurang 50 orang pelajar bersama-sama dengan dua orang pensyarah.
Kami telah dijemput ke Taman Sinar Harapan ini untuk melukis mural bagi blok kediaman kanak-kanak lelaki dan perempuan. kanak-kanak yang berada di situ berasa sangat seronok dan teruja apabila melihat kedatangan kami ke sana.
Pelbagai jenis kartun telah kami lukis dan mereka berasa sangat gembira. untuk blok kanak-kanak lelaki, kami telah melukis gambar upin-ipin, boboi boy, mickey mouse dan donald duck. manakala untuk blok kanak-kanak perempuan, kami telah melukis gambar minnie mouse, kumbang, bunga-bunga dan macam-macam lagi.
Para pelajar yang baru tiba di Taman Sinar Harapan
Para pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah^_^
Mural untuk blok kanak-kanak perempuan
Mural di blok kanak-kanak perempuan
Mural di blok kanak-kanak perempuan
Mural di blok kanak-kanak perempuan
Mural di blok kanak-kanak lelaki
Program berakhir lebih kurang jam 3.30 petang dan kami semua selamat sampai ke asrama lebih kurang jam 4.30 petang. Semua pelajar berasa sangat happy dan telah belajar sesuatu yang baru iaitu kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana para penduduk di Taman Sinar Harapan lebih banyak kesusahan yang mereka hadapi.
0 comments:
Post a Comment