18 Mei 2012 (rabu), Program Kejohanan
Badminton Decsa telah diadakan. Program ini merupakan salah satu program khas yang dianjurkan untuk memberi
peluang kepada pelajar jurusan dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin
menyertai program yang berunsur kesukanan yang julung kali diadakan serta dapat
menjalani gaya hidup sihat yang aktif sambil mewujudkan interaksi antara
mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian). Program ini memfokuskan
semangat berpasukan dikalangan pelajar disamping menjadikan pelajar yang mampu
bersaing secara sihat dan kompetitif. Melalui aspek keterampilan, kepimpinan,
kemahiran dan kecergasan dapat membentuk mahasiswa/i yang cemerlang.
Program Kejohanan
Badminton Decsa ini juga dapat dijadikan sebagai kayu ukur kepada markah merit
pelajar yang terlibat. Aktiviti utama yang dilakukan sudah pastinya perlawananan badminton beregu antara pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian). Pertandingan sangatlah sengit dan para pemenang di pilih mengikut kategori iaitu kategori beregu lelaki dan perempuan. Hadiah hanyalah diberi kepada pemenang tempat pertama dan kedua.
pemenang tempat pertama kategori beregu lelaki
(kent leong & emynur shafekh)
pemenang tempat kedua kategori beregu lelaki
(kelvin & encik anuar)
pemenang tempat pertama kategori beregu perempuan
(syazwani & shin krystal)
pemenang tempat kedua kategori beregu perempuan
(athirah & siti syakiroh)
0 comments:
Post a Comment