This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, June 23, 2012

KEJOHANAN BADMINTON DECSA

           18 Mei 2012 (rabu), Program Kejohanan Badminton Decsa telah diadakan. Program ini merupakan salah satu program khas yang dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar jurusan dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin menyertai program yang berunsur kesukanan yang julung kali diadakan serta dapat menjalani gaya hidup sihat yang aktif sambil mewujudkan interaksi antara mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian). Program ini memfokuskan semangat berpasukan dikalangan pelajar disamping menjadikan pelajar yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif. Melalui aspek keterampilan, kepimpinan, kemahiran dan kecergasan dapat membentuk mahasiswa/i yang cemerlang.

Program Kejohanan Badminton Decsa ini juga dapat dijadikan sebagai kayu ukur kepada markah merit pelajar yang terlibat. Aktiviti utama yang dilakukan sudah pastinya perlawananan badminton beregu antara pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian). Pertandingan sangatlah sengit dan para pemenang di pilih mengikut kategori iaitu kategori beregu lelaki dan perempuan. Hadiah hanyalah diberi kepada pemenang tempat pertama dan kedua. 

pemenang tempat pertama kategori beregu lelaki
(kent leong & emynur shafekh)

pemenang tempat kedua kategori beregu lelaki
(kelvin & encik anuar)

pemenang tempat pertama kategori beregu perempuan
(syazwani & shin krystal)

pemenang tempat kedua kategori beregu perempuan
(athirah & siti syakiroh)


Friday, June 22, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM PERPISAHAN PENSYARAH KAMI

Pada 30 Mei 2012 (rabu), kami telah mengadakan satu majlis makan malam sempena pemergian pensyarah kami yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. majlis makan malam ini telah diadakan di sebuah restoran BB Seafood Garden yang terletak di Gong Badak, Terengganu. 

Majlis ini telah dihadiri oleh semua pelajar Dietetik UniSZA, lebih kurang 81 orang pelajar telah melibatkan diri. Majlis dimulakan lebih kurang jam 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada malam itu ialah persembahan daripada setiap batch, ucapan pensyarah, ucapan wakil pelajar dan ucapan pengerusi DECSA sendiri. 

Antara menu-menu yang dihidangkan adalah seperti kailan ikan masin, tomyam campur, ayam masak merah, ikan 3 rasa dan telur dadar. Semua tetamu yang hadir berpuas hati dengan makanan yang telah disajikan. 

 pensyarah kami :)

pengerusi majlis yang sangat comel:)

 persembahan pembukaan daripada pelajar tahun 2...tarian lilin :)

bacaan doa

ucapan wakil pelajar dietetik

ucapan pensyarah (Encik Abbe yang sangat ceria)

ucapan pensyarah (Puan Yati yang sangat sporting)

pemain piano yang kecil molek :)

pemain piano daripada pelajar tahun 2 (maaf muka tak nampak)..hehe:)


Persembahan daripada pelajar tahun 3:)

sesi fotografi para pensyarah

persembahan penutup daripada pelajar tahun 1:)

 batch 1 (tahun 3)

batch 2 (tahun 2)

batch 3 (tahun 1)

menu yang disajikan..nyum3:)







kenangan ini tak mungkin akan kami lupakan dan ia akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kami semua. :)

PROGRAM DI TAMAN SINAR HARAPAN

Pada 19 Mei 2012 (sabtu), satu program telah diadakan oleh para pelajar dietetik UniSZA. Program ini melibatkan pelajar tahun 1 dan tahun 2, di mana melibatkan lebih kurang 50 orang pelajar bersama-sama dengan dua orang pensyarah.

Kami telah dijemput ke Taman Sinar Harapan ini untuk melukis mural bagi blok kediaman kanak-kanak lelaki dan perempuan. kanak-kanak yang berada di situ berasa sangat seronok dan teruja apabila melihat kedatangan kami ke sana. 

Pelbagai jenis kartun telah kami lukis dan mereka berasa sangat gembira. untuk blok kanak-kanak lelaki, kami telah melukis gambar upin-ipin, boboi boy, mickey mouse dan donald duck. manakala untuk blok kanak-kanak perempuan, kami telah melukis gambar minnie mouse, kumbang, bunga-bunga dan macam-macam lagi.


Para pelajar yang baru tiba di Taman Sinar Harapan

Para pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah^_^

 Mural untuk blok kanak-kanak perempuan

 Mural di blok kanak-kanak perempuan

Mural di blok kanak-kanak perempuan

Mural di blok kanak-kanak perempuan

Mural di blok kanak-kanak lelaki


Program berakhir lebih kurang jam 3.30 petang dan kami semua selamat sampai ke asrama lebih kurang jam 4.30 petang. Semua pelajar berasa sangat happy dan telah belajar sesuatu yang baru iaitu kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada kerana para penduduk di Taman Sinar Harapan lebih banyak kesusahan yang mereka hadapi. 

Thursday, June 21, 2012

Healthy Fruit Orange Blossom Water Frozen Popsicle




Ingredients:
16 ounces Cold Water
1 ounce Orange Blossom Water
1 teaspoon Lemon Juice
Honey or your favorite natural sweetener to taste
Stir well all ingredients in a bowl.
Place cut up slices of fruit into your molds then pour mixture into the molds. Freeze.

Thursday, June 7, 2012

PROGRAM BUMI HIJAU YANG DIJAYAKAN OLEH PELAJAR DIETETIK UniSZA

Pada 23 Mei 2012 (Rabu), sebilangan pelajar dietetik telah menjalankan satu program komuniti yang bertempat di PDK Batu Rakit. Para pelajar seramai lebih kurang 45 orang termasuk pensyarah telah terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Para pelajar telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk menyiapkan mural bagi menceriakan PDK Batu Rakit ini. Di samping itu, mereka juga telah menceriakan kawasan persekitaran PDK dengan menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah Roselle, cili, sawi, pokok bunga kertas dan sebagainya. 

Keratan akhbar tentang Program Bumi Hijau...

Para pelajar ketika bercucuk tanam ^.^

seorang pelajar yang sedang menyiapkan mural ^-^


 Mural yang telah dilukis oleh para pelajar ^_^

Program tamat lebih kurang pada pukul 1.00 tengahari. Semua penat tapi puas hati apabila telah melihat hasilnya, next time boleh buat lagi ^_^