Monday, April 16, 2012

LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Pada 11-13 April 2012, Lawatan ke Kuala Lumpur telah diadakan oleh pihak UniSZA yang melibatkan pelajar tahun 2 dan tahun 3 jurusan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (kepujian). Para pelajar yang terlibat adalah seramai 54 orang dan pengiring yang terlibat adalah seramai 6 orang. Mengikut rencana program kami, kami telah melawat Universiti Putra Malaysia (UPM), Hospital Ampang, Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara. Manakala kami menginap di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Lawatan kami ini adalah bertujuan untuk meninjau dan belajar tentang bagaimanakah cara bekerja di unit sajian dan dietetik di hospital tersebut. Manakala, di Institut Sukan Negara (ISN) kami telah didedahkan dengan skop kerjaya pegawai dietetik di sana. Skop kerjaya untuk pegawai dietetik di ISN agak berlainan daripada hospital kerana para pegawai dietetik akan bekerja dengan atlet-atlet sukan. 

Untuk Majlis Sukan Negara, kami telah melawat kafeteria MSN dan kami juga telah melihat serba sedikit bagaimana proses penyediaan dan penyimpanan makanan di sana dilakukan. Secara keseluruhannya, pelbagai ilmu telah kami perolehi sepanjang lawatan ini. 


Semasa di Hospital Ampang ^_^


0 comments:

Post a Comment