Thursday, November 14, 2013

OPERASI KHIDMAT SIHAT (OPKIS)


6 November hingga 9 November 2013 yang lalu, program yang diberi nama OPKIS telah diadakan Panchur Merah, Setiu. Seramai 59 pelajar telah terlibat di dalam program ini dan melibatkan pelajar daripada 3 kursus dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unisza Kampus Kota iaitu pelajar Dietetik, pelajar Teknologi Makmal Perubatan dan pelajar Fisioterapi.

Sebanyak 30 keluarga angkat yang terlibat dalam program ini di mana ia terdiri daripada 3 buah kampung iaitu Kg. Panchur Merah, Kg. Ulu Kekabu dan Kg. Teluk Tasik. Pelbagai program telah dilakukan sepanjang 4 hari berada di sana. Antara aktiviti yang dijalankan adalah khidmat komuniti (lukisan mural dan hias taman di SK Panchur Merah), senamrobik perdana dan explorace bersama pelajar dan guru SK Panchur Merah, COMBI explorace denggi dan COMBI 10000 langkah, talk pemakanan, demo masakan, sukaneka, mega forum perdana dan kenduri.

Untuk perasmian pembukaan, Dr. Sharifah Wajihah Wafa bt Syed Tarik Wafa, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (Sains Kesihatan) telah merasmikan majlis tersebut dengan gimik penyerahan anak angkat dari UniSZA kepada Encik Haji Abu Bakar bin Mohd, Pengerusi Jkkk Panchur Merah.

Manakala untuk perasmian penutupan pula dirasmikan oleh Haji Mat Sofi bin Deraman, pembantu khas merangkap wakil ADUN permaisuri. Antara VIP yang hadir pada majlis penutupan ini adalah prof madya Dr. Rahmah bt Mohd Amin, penyelaras komuniti perubatan, FPSK unisza, Encik Nizam bin Ismail, wakil pegawai kesihatan daerah setiu, Encik Mohd Azim bin Mohd Zin, wakil pengurus kawasan FELCRA berhad dan Encik Haji Abu Bakar bin Mohd, Pengerusi jkkk Panchur Merah.


Gimik perasmian penutupan untuk program OPKIS diadakan dengan upacara pemotongan pulut kuning. Majlis diakhiri dengan jamuan makan hasil daripada gotong-royong kenduri yang diadakan oleh penduduk kampung dan pelajar UniSZA. Antara gambar sepanjang program ada dilampirkan di bawah.




































Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada gmbar yang ditangkap. Jom kita tengok video sepanjang program dijalankan pulak ^^



Kami di Akhbar Sinar Harian :) 






0 comments:

Post a Comment