Friday, June 14, 2013

KITCHEN OPENING DAY

Pada 5 Jun 2013 yang lalu, DECSA dan UniSZA telah mengadakan program 'Kitchen Opening Day'. Program ini adalah bertujuan untuk merasmikan pembukaan dapur Dietetik (Penyediaan Makanan & Diet Terapeutik) di kampus Gong Badak. Di samping itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kursus Ijazah Sarjana Muda Dietetik kepada staf UniSZA dan para pelajar yang lain dan juga mempromosikan pengambilan makanan sihat menerusi demo masakan dan juga pameran yang disediakan. Berikut adalah tentatif program tersebut:

- Bacaan yasin & solat hajat
- D.I.E.T talk dan kuiz (Did I Eat That?) oleh Encik Mohd Ibrahim bin Abdullah (Pegawai Dietetik UniSZA)
- Demo masakan oleh pelajar Dietetik tahun 3
- Perasmian penutup oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 
  Y.Brs Prof. Dr Nordin bin Simbak. 
- Lawatan dapur Dietetik

Dapur baru kami :)

Bilik demo masakan :)

Bilik demo masakan :)


Ruang foyer

Ruang simpan barang :)

Pantry 

Pameran 

Solat hajat & bacaan yassin 

Ucapan pengarah program 

Demo masakan 

Majlis berlangsung dengan meriah dan berakhir lebih kurang jam 2 Petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang berkunjung ke majlis pembukaan dapur Dietetik ini. 


0 comments:

Post a Comment