Pada 16 Februari 2013 yang lepas, pelajar dietetik semester 5 telah mengadakan program untuk projek terakhir sempena praktikal komuniti mereka selama 5 minggu semasa cuti semester yang lepas. Antara tempat yang terlibat dalam praktikal komuniti mereka adalah Pusat Jagaan Warga Emas Rumah Sejahtera Taman Bahagia, National Kidney Foundation, PDK Batu Rakit, Kuala Ibai dan Seberang Takir.
Selama 5 minggu berada di tempat praktikal masing-masing, setiap kumpulan telah merangka program yang bakal dijalan pada hari terakhir praktikal mereka itu. Kesemua program yang dirancang telah berjaya dijalankan dengan lancar. Untuk entri kali ini, kami akan menceritakan serba sedikit perjalanan program Nutrisi Dialisis.
Berikut adalah tentatif program:
9.00 pagi : Pendaftaran peserta
9.30 pagi : Senamrobik (Low impact Aerobic Exercise for Dialysis Patient)
9.45 pagi : Forum (Pemakanan Sihat, Hidup Berkualiti)
Panelis - YBrs. Dr. Zaiha binti Harun (Pakar Perunding Nefrologi HSNZ)
- En. Mohd Zuki bin Abdullah (Penerima rawatan NKF)
- Saudari Lee Wei Xin (Pelajar Dietetik UniSZA)
10.15 pagi : 30 minit bersama Ustaz
Penceremah - Ustaz Fauzi bin Yusoh (Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA)
2025 - Why Sustainability Matters?
9 hours ago
food and services dietitian urgent vacancy call 0194229939
ReplyDelete