Wednesday, June 25, 2014

Sayonara Senior 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Pada 7 Jun yang lalu, DECSA telah menganjurkan majlis Sayonara Senior di Quinara Al-Safir Resort. Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar tahun 4 yang akan menamatkan pengajian mereka atau bergraduasi tidak lama lagi. Selain itu, majlis yang berkonsepkan makan malam ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara para pelajar dan juga para pensyarah.

Majlis yang bertemakan Masquerade ini bermula pada pukul 8.15 malam dengan ketibaan tetamu-tetamu jemputan sambil diiringi para pelajar tahun 4.








Kemudian, majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan diikuti dengan ucapan wakil pelajar tahun 4 iaitu saudari ‘Amalina Izzati.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa



Selepas itu, majlis bersambung lagi dengan ucapan daripada Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik iaitu Dr.Aryati binti Ahmad.




Seterusnya, majlis Sayonara Senior 2014 dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan HEPA) Sains Kesihatan, Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa. Majlis perasmian ini disempurnakan lagi dengan upacara memotong kek sebagai gimik perasmian.





Kemudian, para tetamu dijemput untuk menjamu makanan yang telah disediakan.




















Sambil menjamu selera, para tetamu diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar Tahun 1. Sudah menjadi tradisi, pelajar Tahun 1 dikehendaki untuk membuat persembahan berupa  tarian dan  persembahan yang menarik itu telah berjaya menghiburkan para tetamu yang hadir.





Pelajar Tahun 2 juga  hadir bersemangat ke pentas menghiburkan tetamu dengan persembahan nyanyian medley mereka. Antara lagu yang didendangkan temasuklah lagu Manisnya,Count on Me, Season in the Sun dan Sebuah Pertemuan.



Oleh kerana ramai pelajar tahun 3 yang tidak dapat hadir ke majlis ini kerana perlu mempersiapkan diri untuk attachment, persembahan mereka digantikan dengan tayangan video yang telah disediakan.

Majlis juga diselitkan dengan acara cabutan bertuah yang disampaikan oleh En.Saifullah selaku penasihat DECSA dan Pn. Che Suhaili binti Che Taha.


Kemudian, acara yang telah ditunggu-tunggu tiba jua iaitu acara penyampaian hadiah bagi King dan Queen bagi majlis Sayonara Senior 2014. Mahkota King disandang oleh saudara Ashari manakala mahkota Queen telah disandang oleh saudari Aznani. Tahniah diucapkan kepada pemenang.





Majlis diakhiri dengan sesi tayangan montaj yang telah disediakan dan sesi fotografi bersama pensyarah.


Super Senior bersama pensyarah


Pelajar tahun 2 bersama pensyarah


Pelajar tahun 1 bersama pensyarah
Boys over flowers









Para pensyarah yang hadir memeriahkan suasana


AJK DECSA 




Ke kanan....


Ke kiri.....
 ..
Ke hadapan.....


Ke belakang....

Sebelum majlis bersurai, tetamu telah dihiburkan dengan nyanyian daripada saudara Firdaus.


Akhir kata, tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa yang berjaya mengadakan majlis yang gilang gemilang ini. Sekalung ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir pada majlis Sayonara Senior 2014 ini dan selamat maju jaya diucapkan kepada Super Senior . Semoga kita berjumpa lagi!

1 comments:

  1. Rindunyaaaa korang!!! All the best semua! Team diet "havoc" sokmo..hihi

    ReplyDelete