Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Untuk pengetahuan anda semua, pada 12 Disember 2014 (Jumaat)
baru-baru ini, satu lawatan telah diadakan ke Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan
Makanan Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Lawatan yang disertai semua
pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian, Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA) ini adalah bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan
pembelajaran bagi kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan (HFS4333).
Selain itu, lawatan yang berunsur ilmiah ini bertujuan untuk
memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pelajar mengenai proses penyediaan
makanan di hospital. Tambahan pula, pendedahan ini akan lebih membuka mata para
pelajar mengenai proses penyediaan makanan di hospital bukan secara teori sahaja
malahan secara praktikalnya.
Banyak input juga yang telah diperolehi semua pelajar
sepanjang program ini berlangsung. Pendedahan mengenai realiti sebagai seorang
dietitian turut diadakan sekaligus memberi semangat kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih demi mencapai cita-cita mereka.
Kesimpulannya, program lawatan ini telah berjalan dengan lancar
dan telah memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat dalam program
ini.