Friday, December 19, 2014

Debat Akademik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada 19 November 2014 (Rabu) yang lalu, satu program debat akademik telah diadakan di Dewan Auditorium Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kampus Gong Badak. Program ini adalah bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan pembelajaran Pemakanan Lanjutan (Advance Nutrition) bagi pelajar semester 6 (Tahun 3).

Pengisian program ini memfokuskan kepada perdebatan yang ilmiah mengenai isu “Alternatives Medicines Possess a Threat to Public Health”.Seramai enam orang peserta telah dipilih untuk berdebat mengenai tajuk yang telah ditetapkan itu dan seorang pelajar juga terpilih untuk menjadi moderator untuk perdebatan ini.

Program debat ini telah disaksikan oleh ahli Dietetic Students Association yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Para pensyarah juga turut hadir bagi menjadi juri untuk menilai hujah yang dibentangkan oleh pihak pencadang dan pembangkang.







Majlis perasmian penutup  program ini telah disempurnakan oleh Dr Mohd Razif bin Shahril selaku penasihat program ini. Sebelum program berakhir, satu sesi penyampaian hadiah telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada para peserta.



Pasukan pencadang


Pasukan pembangkang


Para pensyarah dan para pendebat



Para pesnyarah dan semua pelajar Tahun 3

Diet family

Kesimpulannya, program  ini telah berjalan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah membentangkan hujah mereka dengan bernasnya. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang. 

0 comments:

Post a Comment