Pada 16 September 2014 yang lalu, satu Program Orientasi Mahasiswa
Mahasiswi Dietetik 2014/2015 telah diadakan di Makmal Penyediaan Makanan &
Diet Teraputik, UniSZA Kampus Gong Badak. Program yang dihadiri semua pelajar
Ijazah Dietetik ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada kira-kira
pukul 12.30 tengah hari. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Aryati Ahmad,
penyelaras program dietetik.
Program in bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar tahun 1
yang baru saja memasuki UniSZA dan bagi memperkenalkan mereka dengan
persekitaran universiti. Selain itu, program ini juga untuk mengeratkan
perhubungan antara pelajar-pelajar junior dengan pelajar senior melalui system buddies
yang telah dibahagikan. Banyak aktiviti telah diadakan sepanjang program itu
diadakan.
Ayuh kita tengok gambar-gambar yang telah berjaya dirakam
sepanjang program itu berlangsung.
ketika senam aerobik
Ucapan oleh penasihat DECSA, Dr. Adzim
Sesi memperkenalkan para ajk DECSA
Majlis perasmian bermula
Sesi pembahagian buddies
Ucapan oleh waki senior tahun 4
Antara aktiviti yang telah dijalankan
Sesi fotografi
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan bagi yang telah hadir
memeriahkan program ini. Jutaan kemaafan juga dipohon andai terdapat sebarang
kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan ukhuwah yang terbina
pada hari tersebut akan kekal untuk masa akan datang dan buat selama-lamanya.
Dietetics, we rock!!! ·
0 comments:
Post a Comment