Memandangkan hari raya Aidil Adha bakal menjelang tiba, pasti pelbagai juadah yang akan disediakan. Jadi, meh kita sama-sama kira berapa kalori yang akan kita makan pada hari raya. Dan jom kita sama-sama pastikan pengambilan makanan adalah tidak keterlaluan supaya kita sentiasa sihat sejahtera. Di sini kami ada sediakan beberapa senarai makanan berserta kalorinya :)
Ayam masak merah 1 ketul = 140 kcal Rendang tok 1 keping = 40 kcal
Rendang daging 2 keping = 130 kcal Rendang ayam 2 ketul kecil = 100 kcal
Serunding daging 1 sudu makan = 80 kcal Ketupat palas 1 biji = 130 kcal
Lontong sayur lodeh 1 mgkuk = 260 kcal Nasi himpit 5 potong = 220 kcal
Soto ayam 1 mgkuk = 520 kcal Bihun sup 1 mgkuk = 150 kcal
Sate ayam 5 cucuk = 200kcal Lemang 1 potong = 100 kcal
Sate daging 5 cucuk = 190 kcal
Nasi tomato & ayam masak merah 1 pggn = 420 kcal Laksam 1 mgkuk = 300 kcal
Mee kari 1 mgkuk = 530 kcal
Anda sudah lihat berapa kalori untuk makanan yang anda selalu ambil ketika hari raya. Jadi apa yang anda fikirkan sekarang. Marilah kita kawal pengambilan makanan kita mulai sekarang. Kami update lebih banyak info tentang makanan di hari raya selepas ini :)
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
0 comments:
Post a Comment