Tuesday, June 17, 2014

Family Day Sports Events

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Untuk makluman pembaca, pada 27 April 2014 yang lalu, DECSA telah menganjurkan program ‘Family Day Sports Events’ di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Program yang berkonsepkan sukan dan juga hari keluarga ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahhari.

          Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatrrahim dalam kalangan pelajar dan staf Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik. Seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik daripada tahun satu sehingga tahun tiga telah terlibat dalam program ini. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pensyarah dari fakulti ini.

          Ketika program ini berlangsung, para pelajar telah dipecahkan kepada 6 kumpulan dan mereka dikehendaki untuk membuat sorakan atau ‘cheers’ kumpulan masing-masing. Kreativiti dan semangat kesukanan pelajar begitu terserlah ketika menunjukkan sorakan masing-masing.

Senam aerobik sebelum sukan bermula

         



          Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan adalah jalan ketam, fill the space, bowling pantai, tisu mumia, dan cari coklat dalam tepung.




Cari gula-gula dalam tepung








tisu mumia
          Secara keseluruhannya, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 3, tempat kedua kumpulan 5  , tempat ketiga dimenangi kumpulan 1, tempat keempat dimenangi kumpulan 4, tempat kelima dimenangi kumpulan 6 dan tempat keenam dimenangi kumpulan 2. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa.





          Terima kasih diucapkan kepada yang yang hadir meluangkan masa menyertai hari keluarga ini walaupun sibuk dengan urusan masing-masing. Diharapakan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.



0 comments:

Post a Comment