Tuesday, April 22, 2014

PRAKTIKAL KOMUNITI PELAJAR TAHUN 3 IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN), UniSZA.

PRAKTIKAL KOMUNITI PELAJAR TAHUN 3 IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN), UniSZA.

Tarikh / Hari: 7-11 Februari 2014 (Jumaat - Selasa)

Tempat: 
  1.  TASKA PERMATA KELUARGA, KUALA TERENGGANU
  2. KAMPUNG PANTAI BATU BUROK, KUALA TERENGGANU
  3.  NATIONAL KIDNEY FOUNDATION (NKF), KUALA TERENGGANU
  4. MADRASAD-AL-IRSYAD AL-ASHRAF AL-WATANIAH (M.I.A.W), PULAU PINANG
  5. PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK SPASTIK, PANGKALAN CHEPA, KELANTAN
  Program Pemakanan Komuniti dan Latihan (HFS 4404)PP Dietetik, FPSK, UniSZA merangkumi 5 (LIMA) program yang dikendalikan oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik Dengan Kepujian Semester 6 (ENAM) sesi 2013/2014 yang merupakan prasyarat bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian), Jabatan Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin. Kelima-lima program tersebut diadakan di lima buah lokasi latihan industri yang berbeza dan meliputi kawasan Pulau Pinang, Kelantan dan Kuala Terengganu. Program Komuniti Bersama Pelajar Taska:”Nutrisi Si Permata  Hati”  yang diadakan di Kuala Terengganu adalah berpusatkan pendedahan gaya hidup sihat kanan-kanak, program seterusnya iaitu Kidney NutriAct adalah berfokus terhadap pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam kalangan pesakit buah pinggang tahap akhir, bertempat di pusat Dialisis Kuala Terengganu. Program yang ketiga ialah Program Kesejahteraan Warga Emas yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, YPKT (Bahagaian Pembangunan Komuniti) yang menekankan peningkatan kualiti gaya hidup komuniti warga emas khususnya di kampung Batu Buruk, Kuala Terengganu. Dua buah program yang dijalankan luar daripada negeri Terengganu ialah Program “Anta Ma Ta’kuluhu yang dijalankan di Madrasah al-Irsyad Al-Ashraf Al-Wataniah, Pulau Pinang dengan memfokuskan komuniti warga tua dan Program “Kami Cakna, We Care” yang diadakan di Kelantan dengan fokus komuniti kanak-kanak spastik.

LATAR BELAKANG PROGRAM
1) Program Bersama Kanak-Kanak Taska Permata; “Nutrisi Permata Hatiku”
2.1 Tarikh / Hari  : 8 Februari 2014/ Sabtu                               
2.2 Masa                : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
2.3 Tempat            : Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
2.4 Tema               : Nutrisi Permata Hatiku
            2.5 Bilangan Peserta: Anggaran 120 orang peserta (ibubapa, dan penjaga Taska)

2) Program Komuniti “Kesejahteraan Warga Emas”
2.1 Tarikh / Hari  :  8 Februrari 2014 / Sabtu    
2.2 Masa                : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
2.3 Tempat            : GIAT MARA Batu Buruk, Kuala Terengganu
2.4 Tema               : Kesejahteraan Warga Emas
2.5 Bilangan Peserta: Anggaran 53 orang peserta daripada penduduk Kampung Pantai Batu Buruk

3) Program Kidney Nutriact
2.1 Tarikh / Hari    : 11 Februari / Selasa
2.2 Masa                  : 8.30 pagi – 11.45 pagi
2.3 Tempat              : Pusat Dialisis NKF, Kuala Terengganu 
2.4 Tema                 : Aku dan Fosfat
2.5 Bilangan Peserta  : Anggaran 120 orang 

4) Program Anta Ma Ta’kuluhu (You’re What Tou Eat)
2.1 Tarikh/ Hari      : 8 Februari 2014 (Sabtu)                 
2.2 Masa                   : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
2.3 Tempat               : Madrasah Al-Irsyad Al-Asyraf Al-Wataniah, Pulau Pinang
            2.4 Tema                  : Anta Ma Ta’kuluhu (You’re What Tou Eat)
2.5 Bilangan Peserta   : Anggaran 130 orang peserta 

5) Program ‘Cakna Nutrisi Permata PUSAKAS’
2.1 Tarikh/ Hari      : 11 Februari 2014 Selasa
2.2 Masa                   : 8.00 pagi – 2.00 petang
2.3 Tempat               : Pusat Asuhan Kanak-kanak Spastik (PUSAKAS), Pengkalan Chepa, Kelantan.
2.4 Tema                  : Cakna Nutrisi Permata PUSAKAS
2.5 Bilangan Peserta   : Anggaran 70 orang murid-murid PUSAKAS.

Rumusan aktiviti.
  Program Latihan Praktikal Komuniti ini dilihat sebagai satu program wajib bagi pelajar-pelajar yang telah memasuki tahun 3 pengajian Ijazah Sarjana Muda Dietetik kerana pembelajaran di universiti kepada praktikal bersama masyarakat dapat dimplimentasikan dan seterusnya membentuk kemahiran ‘soft skills’ mahasiswa/i dietetik dan membentuk budaya kerja dan hubungan yang positif sesama komuniti setempat. Program ini memberi peluang kepada Univesiti Sultan Zainal Abidin dalam mempromosikan dan memperkenalkan nama universiti ini di negeri Pulau Pinang, Kelantan dan terutamanya Terengganu melalui jalinan kerjasama bersama Madrasah Irsyad Al-Asyraf Al-Wataniah, ADUN Sungai Bakap, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Taska Permata Keluarga, Pusat Asuhan Kanak-Kanak Spastik dan  pusat Dialisis Kuala Terengganu di mana jaringan perhubungan dan kerjasama antara universiti dan jabatan bukan kerajaan serta masyarakat dapat diperluaskan. Ucapan penghargaan untuk para pensyarah dan jawatankuasa DECSA serta pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “NUTRISI PERMATA HATIKU”

Gambar 1: Slot demo masakan sihat yang dijalankan.

Gambar 2: Penyampaian cenderahati oleh wakil UniSZA kepada wakil YPKT.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “KESEJAHTERAAN WARGA EMAS”

Gambar 3: Penduduk kampung membantu dalam slot “Ketuk-Ketuk Sihat”

Gambar 4: Bergambar beramai-ramai selepas program tamat

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “KIDNEY NUTRIACT”

Gambar 5: Senaman Intra-Dialtytic untuk pesakit

Gambar 6: Sesi kuiz yang dijalankan untuk pesakit

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM ANTA MA TA’KULUHU 
(YOU’RE WHAT YOU EAT)

Gambar 7: Senamrobik daripada wakil Klinik Kesihatan Bukit Panchor

Gambar 8: Penyampaian cenderahati kepada VIP

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM “CAKNA NUTRISI PERMATA PUSAKAS”

Gambar 9: Pelajar-pelajar PUSAKAS sedang menyusun makanan mengikut aturan piramid makanan.

Gambar 10: Perbincangan bersama ibu bapa berkenaan pemakanan anak masing-masing.

0 comments:

Post a Comment