Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Untuk pengetahuan anda semua, pada 12 Disember 2014 (Jumaat)
baru-baru ini, satu lawatan telah diadakan ke Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan
Makanan Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Lawatan yang disertai semua
pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian, Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA) ini adalah bagi memenuhi tuntutan pengajaran dan
pembelajaran bagi kursus Pengurusan Perkhidmatan...